Saturday, March 22, 2014

ROGOL

hari ni aku nak share satu flyers dari PDRM(Polis DiRaja Malaysia) tentang ROGOL.

Risalah ini disediakan oleh :
CAWANGAN HAL EHWAL AWAM
JABATAN PENGURUSAN
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SELANGOR
POLIS DIRAJA MALAYSIA
40912 SHAH ALAM , SELANGOR .
TEL : +603 551 45222 FAX : +603 551 95175

"Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum,
menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan
orang yang tidak dikenali.."


APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ?


  • Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi .
  • Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai .
  • berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol .
  • Jangan mudah terpengaruh atau pelawaan untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali .
  • Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi, atau keretapi .
  • Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan .
  • Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian .
  • Biasakan diri dengan bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan .
  • Ibubapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan .
  • Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali .
  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri .
  • Lapor kepada POLIS dengan segera apabila anda diganggu .
BAGAIMANA BOLEH BERLAKU ?

  • Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi .
  • Menerima pelawaan seseorang untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya .
  • Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri .
  • mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan sex .



BAGAIMANA MENGELAKKANNYA ?


  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian .
  • Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di kawasan letak kereta yang terbuka .
  • ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama .
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesan bas, dan sebagainya) .
  • Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil .
JIKA BERLAKU ANCAMAN

  • UNDANG-UNDANG MEMBENARKAN HAK MEMPERTAHANKAN DIRI DARIPADA ROGOL DENGAN  MENGGUNAKAN KEKERASAN KE ATAS PENYERANG (PEROGOL) SEHINGGA BOLEH MENYEBABKAN LUKA PARAH ATAU KEMATIAN KE ATASNYA .
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang .
  • tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru .
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan kaki dan tangan ataupun sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan .
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan .
  • Untuk membantu penyiasatan polis, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MEMBASUH BADAN DAN PAKAIAN SEWAKTU KEJADIAN SEBELUM MEMBUAT LAPORAN POLIS .
OK , faham tak gegel2 kat lua sana tu ? 

Jangan jadi mangsa rogol ..
oke , sekarang ni versi omputeh pulak ..

RAPE

YOU DONT WANT TO BE A VICTIM!!


  • Rape is a violent crime which is something you or others should not experience . However, when a rape occurs, we should not accept it as 'fate' or 'bad luck' as most cases can be prevented through taking the following step .
  • Be alert to your surroundings especially in dark and quiet places .
  • Potray confidence while walking .
  • Make sure other female passengers accompany you while travelling alone in public transport .
  • Be watchful when someone is suspiciously hanging around public facilities such as toilets etc .
  • Be alert while walking to your car in an open or indoor car park .
  • Always check your car before getting in .
  • It is not wise to use the lift when you are alone .
  • Do not accept invitations from strangers whom you have just got to know .
  • Inform your family about your plans where you are going with whom, and what time you will be back .
  • Learn martial arts or self defence for your own protection .
  • When you return home, have your door key ready so that you can enter without delay .
  • Avoid shortcuts through parks vacant lots and other deserted places .
  • Children should be encouraged to talk with their parents if they ever have a problem, not only with a stranger but also with a friend or relative . 
  • Never pick up hitch hikers .
The END / Tamat 

Sekian , Terima kasih .



No comments :