natasha @ amber bt abdul rahman
natasha atau selalu yang aku panggilnya dengan nama sha. perkenalan bermula semasa aku bekerja disebuah pusat siber di shah alam.
aku mengenalinya di sebuah laman sesawang dahulunya dikenalani dengan www.imeem.com tapi kini laman sesawang tersebut telah dibeli oleh pemilik www.myspace.com
aku dan dia hanya berhubung menggunakan laman tersebut, menggunakan khidmat yang disediakan oleh www.imeem.com aku mula rapat dengannya.
apatah lagi aku berjaya meminta alamat e-mailnya untuk berhubung di Yahoo massangger. lebih mudah dan pantas.
dengan pekerjaanku sebagai salah seorang pekerja di siber cafe, aku mengambil peluang dan kesempatan yang ada didepan mata.
bertugas sambil berhubung dengan sha. aku dan dia saling berhubung, entah apa yang dibincangkan, tidak dapat untuk aku mengingatinya.
aku masih ingat lagi satu peristiwa dimana aku cuba "memanjat pagar batasan", { nombor telefon}
aku cuba mendapatkan nombor telefonnya, tetapi gagal..
" .... kita baru je kenalkan badang, nanti da lame skit
sha promise, sha kasi..."
aku menghormati keputusan beliau. malah, aku juga terfikir..
" betul jugak apa yang sha cakap tu, takkan senang2 je nak kasi no. kat someone yang kita tak kenal.. "
hubungan aku dan dia semakin lama semakin rapat. aku suka berkawan dengannya, dia juga suka dengan cara aku menghormati segala keputusannya, percakapannya, dan apa yang dia suka kat aku, aku pun tak tahu.
TAPI...
hati tak pernah menipu.
aku tak nafikan, memang aku ada rasa TERlebih dengan hubungan kami sebagai KAWAN.
entah bagaimana perasaan itu datang,
tanpa pertemuan sua muka,
tanpa mendengar suara,
tanpa mengenal siapa dia,
tanpa perkenalan yang lama,
tanpa...
aduh! berapa banyak tanpa la....
Satu hari,
aku berborak seperti biasa dengannya..
sedang rancak kami berbual, bergelak, tiba-tiba dia mencelah dengan kenyataan
" sha akan pergi ke AUSTRALIA, untuk menyambung pelajaran "
" Tahniah! " ucapanku.
" lepas ni, susahlah kita nak borak lama-lama macam ni..
susahlah nak dengar khabar badang, khabar sha... "
alaaaaaa...... hatiku bersuara membantah
" its ok la sha, dont u worry. pelajaran sha tu kan lagi penting dari badang. sha kat sana jage diri baik-baik, jauh, susah badang nak jage. hehe... hm.. kalau sha nak borak pon, takde masalah. badang pon selalu online malam pe..? kita boleh borak punye.. badang promise. "
" badang leh jage diri badang lah. :P " aku bergurau.
sha membalas dengan icon gelak.
.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
entah macammana, aku tidak dapat online lagi kerana masalah dikolej aku.
sebaik aku berjaya online, aku terus memeriksa peti simpanan di www.imeem.com
alangkah terkejutnya aku!
sha berkata bahawa dia telah berangkat ke australia, tanpa sempat aku mengucap selamat tinggal. apatah lagi meluahkan isi hatiku pada dia.
betapa malangnya nasib aku.
aku hanya mampu menunggu, dan terus menunggu.
satu ketika, aku dapat pesanan darinnya, mengatakan
dia dan kakaknya sedang mencari rumah sewa yang terdekat dengan Australian National University (ANU) untuk mereka.
itulah pesanan terakhir beliau.
sehingga ke hari ini.......................
aku langsung tidak mengetahui apa-apa berita apatah lagi perkhabaran sha.
Jika sesiapa sahaja samaada kaum keluarga, sahabat handai yang membaca ruangan ini, TOLONG. tolonglah, bantulah aku. aku amat merinduinya. tolonglah sampaikan apa-apa informasi mengenai beliau.
dan..
Jika NATASHA @ AMBER BT. ABDUL RAHMAN sendiri yang membaca,
I MISS YOU SO MUCH
i really miss you sha, dah bertahun badang mendukung penderitaan rindu ini..
-TAMAT-