Monday, September 24, 2012

Kerjaya

alhamdulillah..
kini aku sudah berkerjaya..
kerjaya aku sekarang ialah menjadi seorang OPERATOR PENGELUARAN disebuah syarikat memproses daging BURGER BAKAR bertempat di ibu kota.
Hampir sebulan aku bertugas disana. alaa.. biasa lah masalah teknikal sana-sini, masalah tempat kerja , masalah tempat tinggal , masalah "isi perut" , sume tu aku tolak tepi. Buat apa nak pikir panjang/lama, bukannya dengan berfikir je dapat menyelesaikan masalah. Kena ada USAHA. kan? kan? kan?
Yang aku suka kerja ni , ialah masanya, kakitangannya. Cerita pasal masa, aku bekerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang, setiap hari isnin hingga sabtu. Ahad CUTI WEAA!!!!!! hahahaha.. yang tak bestnya OT(Over Time) paksa. kalau tak sampai target, tak leh balik. hahaha.
Sebut pasal kakitangan, syarikat ni boleh dikatakan baru lagilah.. Jadi, kakitangannya tak ramai. 9 orang, termasuk aku. 3 yang lain adalah warga BANGLADESH. sorang nama SALAM, sorang AWAL, dan sorang lagi RASEL. Mereka bertiga baik, tak sombong. Bila kami(aku, dan 2 lagi rakan, AIMAN, FENDI) kehabisan beras,gas, atau lain2, dorang tak lokek(kedekut).
Hm.. Tempat tinggal ? Majikan aku kasi rumah sewa, Duit sewa rumah, bil air, bil api, sume ditanggung. Time kasih BOSSS(amin)!!! (bodek sikit je bos) hehe :p Rumah sewa tuh, dibahagikan kepada 2 bilik, satu bilik geng BaNGLA, satu bilik lagi, bilik aku,aiman, dan fendi.
Haa.. nak Ngumpat sikit ni, hehe.. takpe kan ? :)
Aku tabik TALI GETAH kat fendi. Fendi ni hebat, terer, kalau pasal tidur ni, korang serah kat fendi ni. haha. memang dasat lhaa. Sehari semalam die selamba je tidur. kalau aku lah, dah sebu pale otak ni. hahaha..
Kisah aiman ??? HeHe..
Aiman ni kelakar sikit. bayangkanlah, mintak dia masak nasi, dia masak. Tapi yang kelakar nya, sume menda dia buat dengan merangkak. hahaha.. macam bayi, tapi saiz lebih kurang macam aku.
hahahahahahahaha. sedap nya bahan orang.. Kan ? Kan ? Kan ?
Hm..
Apa lagi ye aku nak kongsi pasal kerjaya aku kat korang pembaca setia blog aku ni ..
tiba-tiba idea terberhenti pulak bila dah layan air nescafe ais.. dah lama tak minum air manis2 wea.. :'( sian tak ? :p
Sesak sikit lah duduk sana. Biasa lah..


"Berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian; bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian"

Pergh..! Peribahasa lah pulak. dasat tol aku ni sejak dah berkerjaya walaupun hati ni baru je terluka..
Huh ? nak tau kisah kenapa hati aku terluka ?? Entry lain la aku cite, sebab entry ni pasal kerjaya aku sekarang. karang aku cite pasal kisah jiwang jiwang ni, OFF-TOIC lak nanti.
Adoyai.. ni yang malas ni, bila da ingat kisah tu, terus mood aku "DOWN" boleh pulak playlist ni ngam2 kuar lagu RAPUH, nyanyian OPICK.
Ok lah. aku tamatkan entry ni dengan jutaan terimakasih kat korang yang SUPPORT aku baik secara langsung, mahupun tidak langsung.
Sayang korang.
-THE END-